Contoh Kesimpulan Assignment Pendidikan Islam Prasekolah

pendidikan montessori dan pengaplikasiannya kepada pendidikan awal kanak-kanak
oleh zaidatul ameera zakaria

Proffessor Puan Sri Dr. Rohaty Mohd Majzub
Sebut sahaja tentang pendidikan Montessori tentu masih ramai lagi yang tidak mengetahui mengenai pendidikan ini. Pendidikan ini telah diasaskan oleh Maria Montessori pada tahun 1906. Pada awalnya pendidikan ini hanyalah untuk pelajar yang terencat namun perubahan telah berlaku apabila  pendidikan ini didapati telah mampu membantu perkembangan minda pelajar. Pada masa kini, pendidikan ini telah digunakan di seluruh dunia termasuk di Malaysia.

            Menurut Proffessor Puan Sri Dr. Rohaty Mohd Majzub iaitu pensyarah di Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), beliau menyatakan bahawa pendidikan Montessori yang diaplikasikan kepada kanak-kanak adalah lebih fleksibel berbanding dengan corak pendidikan yang lain.

            Di Malaysia, tadika yang mengaplikasikan pendidikan ini berbeza dengan tadika biasa. Hal ini kerana, dari segi pembelajaran mereka lebih fleksibel dan anjal kerana lebih memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka sesuatu dengan sepenuhnya tanpa bergantung kepada jadual waktu dan peraturan tadika. Kaedah pembelajaran dalam pendidikan Montessori ini lebih mendedahkan kanak-kanak kepada persekitaran yang menyeronokkan dengan bantuan  alat-alat autentik dan natural. Pendekatan kaedah pembelajaran mereka  lebih kepada konsep kemahiran hidup.

            Menyentuh mengenai perlaksanaan pendidikan ini kepada kanak-kanak, beliau berkata antara unsur dan elemen yang digunakan ialah kelas pelbagai umur (multi gred) bahan pengajaran yang khusus dan tiada gred atau markah. Selain itu, elemen yang diterapkan dalam pembelajaran ini juga adalah belajar secara individu atau kumpulan kecil untuk membolehkan kanak-kanak lebih berdikari dalam melakukan sesuatu aktiviti yang disediakan. Persekitaran pembelajaran  yang selamat, menarik dan mempunyai kebebasan untuk melakukan sebarang aktiviti juga merupakan unsur pembelajaran yang terdapat dalam pembelajaran ini yang membolehkan kanak-kanak menggunakan deria mereka dengan cekap dan sesuai dengan persekitaran yang telah  disediakan.

            Kelebihan pendidikan Montessori ini  kepada kanak-kanak adalah membolehkan mereka  pandai bersosial dan juga lebih kreatif. Hal ini demikian kerana mereka telah didedahkan dengan persekitaran pembelajaran yang menarik untuk membantu perkembangan minda kanak-kanak. Oleh kerana tidak bergantung kepada jadual dan peraturan, pendidikan ini dilihat mampu memberikan keseronokan kepada pelajar. Justeru itu, dari segi emosi mereka lebih stabil dan lebih cekap dalam menguruskan diri sendiri.

            Menurut beliau terdapat beberapa kajian yang telah dijalankan bagi mengukur keberkesanan pendidikan ini dari sudut  positif dan negatif. Lazimnya kajian yang bersifat demikian bercorak tidak meyakinkan, iaitu ada kelemahan dan kekuatan. Hasil kajian yang telah dijalankan mendapati bahawa, kekuatan pendidikan Montessori ini ialah dapat mendedahkan kanak-kanak untuk belajar pengawalan kendiri, penggunaan perbendaharaan kata yang tinggi dan juga proses pembelajaran yang menarik untuk meningkatkan memori kanak-kanak. Selain itu, melalui pembelajaran ini juga dapat meningkatkan meta kognitif kanak-kanak iaitu mereka sedar dan belajar tentang kekuatan dan kelemahan diri.

            Menurut beliau lagi pendidikan Montessori yang asli telah berkurangan. Hal ini demikian kerana terdapat perubahan yang dibuat dalam pendidikan ini yang pada asalnya digunakan untuk kanak-kanak khas kepada kanak-kanak biasa. Modifikasi juga telah dibuat dari segi bahan khusus yang digunakan iaitu dari bahan asli telah ditukar kepada  bahan yang bukan asli, (contohnya dari sudu sebenar diganti dengan sudu plastik). Modifikasi yang berlaku ini disebabkan kos yang mahal untuk membeli alat pembelajaran tersebut.

            Di Malaysia dari segi kokurikulum pendidikan juga telah diubahsuai supaya seiring dengan kriteria-kriteria kurikulum tempatan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (Kurikulum Standard Prasekolah Malaysia). Sebagai contoh, di Malaysia tadika yang mengaplikasikan kaedah pendidikan Montessori ini ialah tadika Tunas Bestari di Kolej Islam Antarabangsa (UIA). Kaedah Montessori di tadika ini turut dimodifikasi dengan menerapkan nilai-nilai Islam sesuai dengan fitrah kanak-kanak. Namun modifikasi yang dibuat di sesebuah tadika menurut beliau adalah bergantung kepada penganjur tadika tersebut.

            Justeru itu, telah terbukti bahawa masih ada lagi  kaedah pembelajaran Montessori yang digunakan di Malaysia untuk pendidikan awal kanak-kanak. Terdapat pelbagai kelebihan yang dapat diperolehi daripada kaedah pembelajaran ini untuk perkembangan minda kanak-kanak. 



Suasana pembelajaran dan aktiviti kanak-kanak pendidikan montessori
Suasana pembelajaran dan aktiviti kanak-kanak pendidikan montessori

PENDAHULUAN
Program ini bertujuan menyediakan pendidikan asas ugama Islam kepada kanak-kanak yang berumur antara 5 dan 6 tahun sebelum memasuki alam persekolahan. Pelajar-pelajar diajar membaca dan menulis dengan perantaraan pendidikan asas Islam supaya mereka secara tidak langsung mendapat pengetahuan tersebut untuk diamalkan dalam kehidupan mereka.

MATLAMAT PROGRAM
Matlamat program ini adalah untuk memberi pelajar-pelajar pendidikan asas ugama Islam. Secara khususnya para pelajar yang mengikuti program ini dapat:
  • Memperkenalkan kalimah-kalimah arab yang mudah
  • Memahami perkara-perkara yang asas dalam ilmu-ilmu teras agama Islam
  • Mampu melaksanakan asas solat yang mudah
  • Menghayati dan mengamalkan apa yang mereka pelajari dalam kehidupan seharian

TEMPOH DAN MASA PENGAJARAN
Program ini berjalan selama dua tahun iaitu KBPS 1 bagi kanak-kanak berumur 5 tahun dan KBPS 2 bagi kanak-kanak berumur 6 tahun. Ia dijalankan seminggu sekali selama dua jam lima belas minit bagi setiap sesi. Matapelajaran diajar dalam beberapa tempoh tertentu sebagaimana di bawah.

MATAPELAJARAN

1

Siri Buku Pendidikan Islam Sepadu Prasekolah
Jaluran Aqidah dan Akhlak
Jaluran Intelektual dan Jasmani
Jaluran Perhubungan dan Kehidupan
Jaluran Alam Sekitar dan Aktiviti

2

Al-Lughah Al-Arabiyyah li Al-Athfal wal Iqra’

ALIRAN KBPS
Kanak-kanak akan menghabiskan masa selama sekurang-kurangnya 2 tahun dalam aliran KBPS sebelum masuk program Kelas Bimbingan Kanak-Kanak (KBK).

YURAN
Yuran pendaftaran bagi kursus ini adalah sebanyak $12.00 sahaja yang perlu dibayar sekali sahaja semasa pendaftaran. Manakala yuran bulanan adalah sebanyak $46.00 sebulan.

Sila kunjungi ke cawangan kami untuk pendaftaran atau daftar secara online.

One thought on “Contoh Kesimpulan Assignment Pendidikan Islam Prasekolah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *